Assalamu'alaikum wbt.
Kaifa hal kullukum jami'an?Bil khoir,InsyaAllah. Barokallahu 'alaik kullil wakt,insyaAllah.
Alhamdulillah.Saf Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009 telah disahkan oleh NC dan mula berkuatkuasa semalam,10 Oktober 2008.Kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t di atas keizinanNya menjadikan segalanya menjadi realiti. Moga-moga perjalanan kami dalam mengharungi 1001 mehnah dan tribulasi di dalam arena ini mampu meninggalkan 1001 kenangan dan pengalaman berharga buat kami semua.
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan pemimpin akan ditanya akan apa yang dipimpinnya". Kita semua adalah Kholifah. Tidak boleh tidak kita menyatakan yang kita ini bukanlah Kholifah,bukan seorang pemimpin. Kita semua adalah pemimpin. Andai bukan seorang pemimpin kepada orang lain, kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Sama ada kita berjaya memimpin atau tidak adalah tertakluk,terzahir pada kejayaan kita menjadi insan yang berguna ataupun tidak.
"Shafa,best ke jadi MPP?",kawan aku bertanya. Jawabku, "Kau akan kekurangan masa untuk diri kau sendiri".
Di awal usrah dulu ada diperingatkan yang U K H W A H punya 3 peringkat:
1) Bersangka baik sesama saudara
2) Barangmu barangku jua
3) Kamu dahulu barulah aku
Nabi juga ada bersabda,di dalam ayat yang lebih kurang sama maksud :
"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sanggup mengorbankan masa peribadi kita,masa kita berhibur bersama keluarga,masa kita bergembira bersama sahabat handai demi saudara-saudara kita yang langsung tidak kita kenali? Sudikah kita menyayangi orang lain sepertimana kita mahu diri kita disayangi? Adakah kita ini terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan memandang sebelah mata kesusahan saudara seIslam kita sendiri? Adakah kecintaan kita terhadap diri kita sendiri terlalu tinggi sehinggakan tidak ada sekelumit kecintaan kita terhadap saudara-saudara kita yang asalnya daripada Adam & Hawa?Nenek moyang kita adalah yang sama!
Segalanya berbalik pada diri kita sendiri. Allah telah menitipkan perasaan cinta,kasih dan sayang di dalam diri setiap anak Adam. Mengapa? Malah, kita sendiri dikandungkan di dalam R A H I M ibu kita. Bukankah R A H I M itu maksudnya penyayang??? Sedar atau pun tidak, hidup kita ini tidak akan bermakna andai tiada sekelumit perasaan C I N T A dan sayang di dalam hati kita. Setiap ciptaan Allah punya hikmah yang tersirat.SubhanAllah!
Mengapa aku menawarkan diri menjadi ahli MPP sedangkan aku seharusnya menghabiskan masa-masa terakhir di UNITEN dengan belajar bersungguh-sungguh dan mendedikasikan diri aku dengan pelajaran yang merupakan fokus utama aku setibanya aku di sini? Atas satu sebab sahaja. Iaitu, kerana aku C I N T A kan saudara-saudaraku yang lain. Kerana apa? Kerana mereka masih lagi tidur dan lena di pembaringan mereka. Mereka terlalu hanyut di dalam dunia fantasi mereka yang berbentuk hedonisme dan bersifat fatamorgana. Segala ini membuatkan hati mereka mati, jiwa mereka lesu. Aku sedih melihatkan keadaan ini. Sedarlah wahai saudara-saudaraku, kita ini semua adalah PEMIMPIN ! Kita punya tanggungjawab yang besar dalam mengembalikan keagungan Islam di persada dunia.
Berbanggakah kita tatkala kita ditertawakan, di waktu kita dicemuh, pada ketika kita diinjak-injak seperti tidak punya maruah? Mengapa perlu begini keadaannya sedangkan Islam itu adalah satu agama samawi yang tinggi darjatnya.
"Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripadanya"
Mengapa kita,selaku umat Islam, yang mengaku umat Muhammad s.a.w, dan yang menyatakan kalimah syahadah di dalam 5 kali solat, dilayan dan diibaratkan seperti pengganas walhal Islam merupakan agama, sebuah tatacara hidup yang cukup cantik dan lengkap,Adil dan saksama, Meletakkan sesuatu pada tempatnya, berasa malu dengan status seorang MUSLIM? Mengapa keadaan ini terjadi??? Mengapa harus begini???
Ayuh aku berkongsi tazkiroh yang aku terima pada hari ini. Satu pengisian yang cukup mendalam dan menusuk di dalam sanubariku. Surah Al-Ahzab. Punya kaitan dengan Perang Ahzab atau lebih dikenali dengan Perang Khandak a.k.a parit. Mengapa dinamakan parit? Kerana Salman al-Farisi telah mencadangkan sebuah parit digali di sekeliling Madinah al-Munawwaroh bagi menghalang kemaraan Tentera Ahzab yang dahagakan Madinah. Di dalam surah Al-Ahzab, Allah ada menerangkan keadaan andaikata,aku ulang A N D A I K A T A tentera Ahzab berjaya menakluki Madinah, umat Islam akan berpecah kepada 3 golongan. Apakah golongan-golongan tersebut???
- Golongan Islam yang hanya Islam pada nama. Mereka ini berpaling tadah dan merupakan golongan yang paling dikeji dan dilaknat.
- Golongan di mana seorang Muslim,yang Mukmin tetapi mempunyai Iman yang cukup lemah dan goyah. Golongan inilah yang akan lari dan menyelamatkan diri apabila diserang.
- Golongan yang sebaik-baik golongan;mereka berjuang berhabis-habisan demi menjulang nama baik Islam. Golongan ini merupakan golongan yang paling sedikit.
Pengetahuan Allah itu cukup luas.Maha Luas. Allah itu Maha Kaya dengan segala-galanya.
Lihatlah! Keadaan ini telahpun berlaku pada ketika ini, pada saat ini. Dimanakah letaknya kita??? Tepuk dada,tanya Iman.
Aku sendiri berang dengan saudara-saudaraku yang lebih mementingkan persoalan yang bersifat furu' yakni yang bersifat cabang berbanding persoalan-persoalan yang lebih bersifat tunjang yang lebih aula' untuk diperbincangkan,untuk diperbahaskan dan untuk diperdebatkan. Pandangan peribadi aku, perdebatan tidak salah selagi mana kita tidak tersasar dari matlamat yang kita sasarkan. Kerana pada aku, percanggahan pendapat merupakan suatu R A H M A T yang cukup besar nilainya. Kerana kita pasti mendapat sesuatu yang berharga daripada setiap percanggahan pendapat yang berlaku.
"Shafa, ko suka siapa? Aku tengok di blog ko macam ko ada suka seseorang".
Maafkan aku sahabat. Ini merupakan persoalan furu' yang tidak sesekali akan aku jawab. Biarlah ia menjadi rahsia di antara diriku dan Tuhanku. Bukankah DIA yang menciptakan aku. DIA yang menitipkan sekelumit perasaan sayang kepada hambaNya di dalam hatiku. Bukankan I N D A H perasaan itu? Mengapa tidak kau berasa takjub akan kebesaranNya yang Maha Esa kerana telah menitipkan perasaan C I N T A ini di dalam hati aku yang seterusnya membawa kepada keagunganNya?
Wahai sahabatku, hidup ini bukan hanya berkenaan cinta yang mengkhayalkan.Malahan seharusnya C I N T A itu mampu membawa diri kita ke arah yang lebih baik. Dipagari C I N T A itu dengan pagar M A L U supaya benih-benih C I N T A itu mampu mekar menjadi bunga-bunga M A H M U D A H. Bukankah lebih cantik begitu??? Maafkan aku sahabat andai dirimu terasa dengan apa yang aku ungkapkan ini.
Aku tahu,aku sendiri keliru dengan perasaan aku sendiri. Diibaratkan seperti aku tidak melaksanakan apa yang aku perkatakan. I didn't practice what I preach before. Yes, I know! Aku dalam usaha MUJAHADAH aku sendiri. Aku dalam usaha! Hidup ini adalah medan pembelajaran. Andai sekali tersungkur,tidak bermakna kita selamanya tersungkur. Bangun balik dan berjalan kembali.
Aku juga manusia,sahabat. Aku juga masih belajar. Dan pada aku, biarlah ianya terzahir di sini dan biarlah ia berhenti di sini. Andai mahu berbicara tentangnya, tidak perlulah lagi. Aku tidak mahu memanjang-manjangkan ceritera C I N T A yang tidak pasti ini yang seterusnya mengkhayalkan setiap diri anak ADAM. Na'uzubillah! Aku tidak mahu menjadi A S B A B kepada khayalan anak-anak ADAM!
Kita ini kholifah,sahabat. Usahlah kita berbicara persoalan cabang ini sedangkan saudara-saudara kita semakin hanyut di luar sana. Di manakah yang lebih utama. Di manakah aulawiyat kita? Pertimbangan kita berada di mana? Pada permasalahan yang lebih DHORURAT atau permasalahan yang bersifat F U R U ' ? Aku tahu, kau wajar dalam pertimbangan,sahabatku. Dan aku tahu, kau mampu menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Kita merupakan nakhoda. Andai kita sendiri tidak punya matlamat, bagaimanakah kapal kita harus tiba ke destinasi yang ingin dituju? Renung-renungkan,fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan...
* I S L A H *